Monday, March 21, 2011

iN tHe JuNgLE..(taMaN NeGaRa PaHaNg)


Labah-labah yang sentiasa setia bersama sarangnya. Imej ini dirakam ketika perjalanan pulang ke chalet.

Ini adalah ular gua yang jarang didapati dan untuk pengetahuan ular ini adalah ular yang masih mempunyai bisa dan merupakan habitat yang dilindungi oleh Jabatan Perhilitan.

Semasa perjalanan di dalam Taman Negara, terjumpa pulak semut sedang mencari sumber makanannya.

Imej di atas adalah sejenis jeli yang keluar daripada Pokok Rotan.

Sunday, March 6, 2011

(^_^)

Warga emas di atas sangat meminati fotografi. Walaupun hanya berbekalkan kamera filem tetapi ianya sedikit pun tidak menghalangnya untuk mengambil gambar di lokasi tersebut.

Polis Tentera (MP)


Dalam Angkatan Tentera juga terdapat satu pasukan polis khas iaitu dipanggil Polis Tentera. Imej di atas menunjukkan Pasukan Polis Tentera sedang melakukan pertunjukan bermotosikal.

Pertunjukan Payung Terjun

Penerjunan dilakukan setinggi 3000 kaki oleh Pasukan Khas Penerjun Angkatan Tentera Malaysia.

Hari Terbuka Tentera Darat 2011


Pada 4,5 dan 6 Februari 2011, telah berlangsungnya Hari Terbuka Tentera Darat 2011 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ramai pengunjung yang hadir tidak mengira bangsa & agama. Kehadiran pengunjung yang ramai telah memeriahkan lagi sambutan ini. Antara acara-acara yang dipersembahkan adalah seperti persembahan pancaragam, pertunjukan anjing perang (K9), pertunjukan payung terjun dan banyak lagi.