Sunday, April 3, 2011

MotoShow 2011


Program MotoShow yang telah diadakan di Shah Alam, Selangor telah menarik minat pengunjung-pengunjung terutama peminat-peminat motosikal. Ianya diadakan 2 kali dalam setahun.

Pengadil yang sedang fokus melakukan penilaian terhadap motosikal

Pengadil sedang membuat pemerhatian secara terperinci dalam semua aspek sebelum membuat keputusan.

Go-Kart


Aktiviti go-kart merupakan salah satu aktiviti sukan bermoto yang mana ia dapat menguji keyakinan diri seseorang dalam pemanduan. Biasanya aktiviti ini dilakukan pada setiap hari minggu. Aktiviti ini biasanya merupakan aktiviti santai dan kali ini sukan go-kart telah dijadikan sebagai pertandingan. Pertandingan ini telah diadakan di padang kawad Universiti Teknologi Mara(UITM) Shah Alam pada hari Ahad 03 April 2011. Pertandingan yang diadakan adalah bersempena minggu keselamatan jalan raya.

Pertandingan ini dapat menguji ketangkasan fizikal seseorang.

Go-Kart

Monday, March 21, 2011

iN tHe JuNgLE..(taMaN NeGaRa PaHaNg)


Labah-labah yang sentiasa setia bersama sarangnya. Imej ini dirakam ketika perjalanan pulang ke chalet.

Ini adalah ular gua yang jarang didapati dan untuk pengetahuan ular ini adalah ular yang masih mempunyai bisa dan merupakan habitat yang dilindungi oleh Jabatan Perhilitan.

Semasa perjalanan di dalam Taman Negara, terjumpa pulak semut sedang mencari sumber makanannya.

Imej di atas adalah sejenis jeli yang keluar daripada Pokok Rotan.

Sunday, March 6, 2011

(^_^)

Warga emas di atas sangat meminati fotografi. Walaupun hanya berbekalkan kamera filem tetapi ianya sedikit pun tidak menghalangnya untuk mengambil gambar di lokasi tersebut.

Polis Tentera (MP)


Dalam Angkatan Tentera juga terdapat satu pasukan polis khas iaitu dipanggil Polis Tentera. Imej di atas menunjukkan Pasukan Polis Tentera sedang melakukan pertunjukan bermotosikal.

Pertunjukan Payung Terjun

Penerjunan dilakukan setinggi 3000 kaki oleh Pasukan Khas Penerjun Angkatan Tentera Malaysia.

Hari Terbuka Tentera Darat 2011


Pada 4,5 dan 6 Februari 2011, telah berlangsungnya Hari Terbuka Tentera Darat 2011 bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Ramai pengunjung yang hadir tidak mengira bangsa & agama. Kehadiran pengunjung yang ramai telah memeriahkan lagi sambutan ini. Antara acara-acara yang dipersembahkan adalah seperti persembahan pancaragam, pertunjukan anjing perang (K9), pertunjukan payung terjun dan banyak lagi.

Friday, February 18, 2011


Ketibaan Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah disambut Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak, Dato' Seri Jamil Khir serta rakyat jelata.

MajLis MauLiDuR Rasul periNgkat KeBaNGsaaN


Ketibaan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia,Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak disambut Dato' Seri Jamil Khir dan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

MajLis MauLiDuR Rasul periNgkat KeBaNGsaaN


Program khas Maulidur Rasul 2011 : Malaysia Hari Ini (MHI) sedang bersiaran secara langsung di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin. Bersama dua orang pengacara yang tidak asing lagi iaitu Wardina Safiyah dan juga Ahmad Fetri sedang menemuramah tetamu undangan Dato' Mashitah Ibrahim.

Sunday, February 13, 2011

NyaRis Maut!!


BATU PAHAT : Seorang pemandu lori yang belum dikenalpasti identitinya telah mengalami kecelakaan jalan raya selepas lori yang dipandunya tiba-tiba terbabas ke lorong bersebelahan. Kemalangan telah menyebabkan pemandu mengalami patah kaki.

BaNjiR 2011..


Hujan yang lebat selama beberapa jam telah mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.Banjir yang bertarikh 04 Februari 2011 sekali lagi telah melanda dan lokasi fenomena tersebut adalah di Sri Medan, Batu Pahat, Johor selepas 2006.

MaLaM aNuGeRaH Z00MiNg 1 MALAYSIA..

Saturday, January 22, 2011

WarNa-WarNi tHaipuSaM..


Pada 20 Januari 2011 yang lalu jutaan penganut agama hindu di Malaysia telah menyambut perayaan thaipusam di kuil-kuil seluruh Negara bagi menghormati hari kelahiran Dewa Murugan itu iaitu anak bongsu lelaki Dewa Shiva dan Dewi Parvati.. Saya berkesempatan menyertai perayaan tersebut yang diadakan di Kuil Sri Subramaniyar Swami, di Batu Caves, Selangor.